Boleh Berbahasa Boleh Berkomunikasi Bahasa Melayu 1
Media Multimedia DBP » Pendidikan
Buku Bahasa Melayu Boleh Berbahasa Boleh Berkomunikasi 1 merupakan buku beraktiviti yang sesuai untuk pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Ia menepati kurikulum prasekolah dan berupaya membantu guru-guru di sekolah sebagai bahan mengajar kepada murid-murid. Murid-murid akan didedahkan dengan kaedah pembelajaran yang lebih berteraskan kepada teknik pembelajaran yang lebih mudah tetapi menyeronokkan. Aktiviti pembelajaran yang dimuatkan dalam judul ini sesuai dengan tahap pemahaman dan memenuhi kriteria yang diperlukan untuk membantu proses pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Turut disertakan CD-ROM interaktif percuma sebagai tambahan pembelajaran agar lebih menarik dan diminati murid-murid. Secara tidak langsung mendedahkan kemahiran penggunaan komputer kepada kanak-kanak bagi melahirkan generasi celik IT. Pengendalian yang mudah dan ringkas tidak akan membebankan kanak-kanak, tambahan pula ibu bapa boleh melakukan aktiviti bersama-sama dengan anak mereka. 16 situasi dan 15 permainan dimuatkan di dalam CD-ROM ini yang mengandungi pelbagai aktiviti seperti menulis, memadankan gambar, memadankan huruf, mengenali bunyi dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti yang disediakan pastinya menepati pilihan ibu bapa untuk perkembangan pembelajaran anak-anak mereka.

