Boleh Berbahasa Boleh Berkomunikasi Bahasa Melayu 2
Media Multimedia DBP » Pendidikan
Price:15.00RM
Buku Bahasa Melayu Boleh Berbahasa Boleh Berkomunikasi 2 merupakan sambungan dari buku Bahasa Melayu Boleh Berbahasa Boleh Berkomunikasi 1. Ia menepati kurikulum prasekolah dan berupaya membantu guru-guru di sekolah sebagai bahan mengajar kepada murid-murid. Turut disertakan CD-ROM interaktif percuma sebagai tambahan pembelajaran agar lebih menarik dan diminati murid-murid. Sebuah cerita yang bersambung-sambung dalam 16 situasi dan 32 permainan dimuatkan di dalam CD-ROM ini yang mengandungi pelbagai aktiviti seperti menulis, memadankan gambar, memadankan huruf, mengenali bunyi dan banyak lagi. Turut mengandungi lagu bagi setiap situasi di dalam cerita ini dan murid-murid juga boleh berkaraoke dengan lirik yang disediakan.

