Belajar Sebutan Bahasa Perancis
Media Multimedia DBP » Pendidikan
CD Perisian Belajar Bahasa Sebutan Bahasa Perancis ini dibangunkan bagi membantu pengguna yang berminat untuk mempelajari bahasa Perancis dengan menguasai kemahiran bertutur. Enam perkara penting untuk bertutur bahasa ini termasuklah dengan mengenali Abjad, Fonem, Huruf Beraksen, Hukum Eufoni, Hukum Liaison dan Hukum Elisi selain mempelajari ungkapan lazim budaya Perancis dalam situasi harian. Pembelajaran CD secara interaktif ini mengandungi elemen seperti teks, audio dan persembahan grafik. Pembelajaran juga akan menjadi lebih mudah dan berkesan di mana pengguna boleh menguji sebutan anda dengan merekodkan suara anda dalam perisian ini dan membandingkannya dengan sebutan yang sebenar. Malahan, anda juga boleh menyimpan fail audio tersebut sebagai rujukan anda. Anda juga tidak akan menghadapi masalah untuk menggunakan perisian ini kerana dilengkapi dengan menu arahan dan disediakan dalam bahasa Melayu untuk membantu pembelajaran anda. Kini, segala-galanya lebih mudah kerana anda tidak perlu ke kelas bahasa Perancis untuk mempelajari bahasa tersebut. Hanya dengan memiliki CD ini anda memperoleh satu set pembelajaran lengkap secara digital. CD perisian ini sesuai dijadikan bahan rjukan dan sokongan pembelajaran kepada pelajar sekolah, IPT, guru bahasa, pelancong dan individu tertentu yang ingin meningkatkan kemahiran bertutur mereka dalam bahasa asing.

