Cemerlang Minda Prasekolah : Diri Saya

Media Multimedia DBP » Pendidikan

Price:29.00RM

CEMERLANG MINDA PRASEKOLAH ini mengandungi enam menu utama yang sesuai untuk kanak-kanak parasekolah berumur 5-6 tahun. Gabungan kesemua komponen pembelajaran peringkat prasekolah seperti komponen perkembangan bahasa, perkembangan kognitif, perkembangan estetika, dan daya kretiviti serta perkembangan kerohanian dan moral melalui pelbaga aktiviti dan cerita pastinya merupakan aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. Antara aktivit yang terkandung dalam judul ini adalah bercerita, mewarna, belajar menulis, mengira dan membaca.
Kanak-kanak juga tidak ketinggalam dapat berhibur bersama rakan dengan bernyanyi diiringi muzik dan video untuk menarik minat adik-adik.
Dalam aktiviti bercerita, adik-adik akan mendengar cerita menarik beserta gambar beranimasi yang menarik di samping dapat mengambil nilai-nilai yang terkandung di dalamnya. Adik-adik boleh memanfaatkan masa yang ada dengan melakukan aktiviti mewarna di mana adik-adik boleh mencurahkan daya kreativiti adik-adik dengan bermain dengan warna.
Para ibu bapa pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk melihat anak-anak belajar menulis dan membaca. Dalam judul ini, turut disediakan ialah aktiviti membaca dan menulis untuk mendedahkan kanak-kanak kepada aktiviti pembelajaran dengan bantuan ilustrasi yang menarik dan menghiburkan.