Barongan

Media Multimedia DBP » Komik

Price:10.00RM

Komik Barongan mengisahkan seorang laksamana sebuah kerajaan yang mengamuk terhadap rajanya kerana membunuh isterinya hanya kerana difitnah. Namun, itu semua adalah rancangan jahat yang diatur oleh laksamana tersebut untuk merebut takhta kerajaan. Raja tersebut telah bersumpah sekiranya baginda cuba dipengapa-apakan, laksamana tersebut akan bertukar menjadi raksasa yang sangat hodoh. Laksamana tersebut tidak mengendahkan amaran tersebut. Kerana kedegilannya, laksamana tersebut bertukar menjadi seekor raksasa yang sangat hodoh. Oleh kerana marah dengan keadaan dirinya, dia telah melarikan puteri raja tersebut dan membawanya masuk ke dalam hutan. Satu kumpulan yang diketuai oleh panglima istana bersama rombongannya berusaha menyelamatkan tuan puteri. Ramai yang terkorban sehingga pada akhirnya hanya panglima tersebut yang masih hidup. Oleh kerana terdesak untuk memusnahkan raksasa tersebut, maka panglima tersebut menggunakan jalan terakhir dengan menggadaikan nyawanya sendiri demi menyelamatkan tuan puteri. Berlakulah pertarungan yang amat sengit, dan raksasa tersebut kalah di tangan panglima tersebut. Komik ini sesuai dijadikan bahan bacaan oleh kanak-kanak kerana jalan ceritanya yang mudah difahami dan terkandung kisah pengajaran disebaliknya.