Media Multimedia DBP

Selamat Datang ke PORTAL www.kedaidbp.my . Portal menghimpunkan produk-produk multimedia berkualiti terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kini pembelian secara online lebih mudah dan cepat meliputi sistem pembayaran terkini. Hanya pilih produk pilihan anda dan penghantaran akan dibuat terus ke rumah anda melalui POS Express ( POS Msia Bhd ).

( Klik kepada Pautan Proses Pembayaran untuk melihat Proses Terlibat menggunakan Online Banking ) Selamat melayari laman web kedaidbp.my

  • View all | Pages: « Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Next »
  • Siri Bacaan KBSR 1

    Media Multimedia DBP » Pendidikan

    CD Interaktif Siri Bacaan KBSR 1 merupakan satu perisian yang dibangunkan khusus untukmenimbulkan minat membaca di kalangan pelajar sekolah melalui nyanyian serta gambar beranimasi. Selain itu, CD ini juga turut menyediakan permainan yang menarik untuk adik-adik di mana adik-adik akan belajar sambil bermain. Himpunan cerita-cerita menarik seperti Taki Si Katak, Tupi dan Tiki, Taka Oh! Taka, Kisah Si Ketam dan Nasib Si Bunga Matahari ...

    Price:29.00RM
  • Siri Cepat Belajar Sendiri - Adobe Photoshop CS

    Media Multimedia DBP » IT dan Perisian

    Bagi para pengguna yang berminat mempelajari cara untuk mengedit imej, Cara Cepat Belajar Perisian Photoshop CS adalah penyelesaian yang sangat mudah dan sesuai. Dengan berteraskan tutorial dan cara mengajar yang mengikut setiap langkah, Cara Cepat Belajar Photoshop CS mampu membantu anda untuk belajar dari asas penggunaan Photoshop CS

    Price:29.00RM
  • Siri Cepat Belajar Sendiri - Flash MX 2004

    Media Multimedia DBP » IT dan Perisian

    Bagi para pengguna yang berminat mempelajari cara untuk penyediaan video atau montaj, Cara Cepat Belajar Perisian Flash MX 2004 adalah penyelesaian yang sangat mudah dan sesuai. Dengan berteraskan tutorial dan cara mengajar yang mengikut setiap langkah, Cara Cepat Belajar Flash MX 2004 mampu membantu anda untuk belajar dari asas penggunaan Flash MX.

    Price:29.00RM
  • Siri Haiwan Teladan 1

    Media Multimedia DBP » Koleksi Cerita Beranimasi

    Siri Haiwan Teladan 1 mengandungi 3 buah cerita animasi iaitu Pak Mondok dan Pak Menti, Bintang Berjasa dan Kittun Yang Bijak. Dalam kisah Pak Mondok dan Pak Menti, terdapat sebuah keluarga tikus di sebuah desa kawasan tanaman padi. Keluarga tersebut didiami oleh Pak Mondok , Mak Mondok dan anak-anaknya. Mereka hidup dengan mencari makanan di kawasan tanaman padi.

    Price:29.00RM
  • Siri Haiwan Teladan 2

    Media Multimedia DBP » Koleksi Cerita Beranimasi

    Siri Haiwan Teladan 2 ini mengandungi 3 kisah iaitu Pengembaraan Cit Cit, Sahabat Sejati dan Perlumbaan Luar Biasa. Dalam kisah pertama iaitu Pengembaraan Cit Cit, Cit Cit adalah seekor anak ayam yang sangat nakal dan enggan mendengar nasihat ibunya. Suatu hari Cit Cit tesesat jauh ke dalam belukar di belakang rumah tuannya.

    Price:29.00RM
  • Tanaman Orkid

    Media Multimedia DBP » Segmen Landskap

    CD Tanaman Bunga-bungaan dalam Landskap : Orkid ini memperkenalkan jenis-jenis orkid yang biasa ditemui di Malaysia. Anda akan mengetahui maklumat tentang fungsi dan info ringkas tentang penjagaan tanaman orkid selain mengetahui cara keperluan pertumbuhan, penanaman , penjagaan serta kegunaannya dalam landskap.

    Price:29.00RM
  • View all | Pages: « Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Next »