Terma & Syarat

Anda dianggap telah bersetuju dengan syarat dan terma sekiranya anda melayari dan menggunakan perkhidmatan kami.

1.     Anda perlu maklum bahawa kami sebagai sebuah perniagaan yang menjual pelbagai produk dan  perkhidmatan yang di tawarkan kepada orang ramai.

2.     Kami berhak untuk mengubah, memindah, menambah, menghentikan sebarang perkhidmatan website ini tanpa sebarang notis.

3.     Anda hendaklah menggunakan maklumat anda yang sebenar. Pendaftaran yang menggunakan maklumat yang salah dan palsu seperti email dan nama akan di sekat.

4.     Aspati.CART hanya menawarkan produk dan perkhidmatan  yang dibenarkan oleh undang-undang,  serta tidak memudaratkan. Pengiklanan produk-produk dan gambar berunsur salah disisi undang-undang, isu perkauman, agama, ancaman keselamatan, lucah,  meragukan dan sebagainya akan disekat serta merta.

5.     Maklumat peribadi anda adalah rahsia dan kami tidak akan sama-sekali memberikan atau menyalurkan maklumat anda kepada pihak ketiga kecuali atas sebab undang-undang

6.     Anda hendaklah mempromosikan website anda sebagai satu perkhidmatan jualbeli produk-produk dan perkhidmatan. Anda dilarang mempromosikan website anda sebagai satu peluang pendapatan semata-mata

7.     Kami tidak teragak-agak untuk mendakwa atau mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat pihak yang melabelkan perniagaan ini sebagai skim cepat kaya, skim piramid dan sebagainya demi untuk melindungi perniagaan ini dan semua ahli program affiliate ini.

8.     Anda juga bersetuju untuk menerima apa-apa makluman, berita terkini, dan sebagainya berkenaan dengan Aspati.CART dari kami samaada melalui email, telefon, sms dan pos. Jadi, anda tidak boleh menganggap penerimaan bahan maklumat dari kami kepada anda sebagai SPAM.

9.     Sebarang kenyataan yang bertujuan mengecam dan memburukkan nama perniagaan ini secara umum tanpa merujuk terlebih dahulu kepada kami adalah dilarang. Anda akan disekat dari menggunakan perkhidmatan kami sekiranya anda bertindak demikian. Sebarang masalah mestilah dirujuk kepada kami terlebih dahulu melalui email rasmi kami, admin@aspati.com.my.

10.     Kami tidak bertanggungjawab keatas kerugian, masalah atau apa sahaja disebabkan oleh perkhdmatan ini. Sebarang tuntutan tidak dilayan.

11.     Kami berhak untuk menahan atau menyekat keahlian anda sekiranya anda melanggar terma dan syarat diatas tanpa sebarang notis.